SK KPG DATO’ SERI KAMARUDDIN 32040 SERI MANJUNG PERAK KAISARA PROGRAM KECEMERLANGAN TAJAAN TNB UPSR 2011 KAISARA K - Kecemerlangan A - Akademik I - Intelek S - Sahsiah A - Agenda R - Raih A - 5A KAISARA Diambil sedikit daripada perkataan KAIZEN. Kaizen bermakna peningkatan yang berterusan untuk diri atau organisasi demi mencapai tahap kecemerlangan yang lebih tinggi dari semasa ke semasa dalam segala usaha yang dilakukan secara konsisten. RASIONAL Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kaisara berlandaskan Falsafah Pndidkan Kebangsaan iaitu pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Sahsiah dan aktiviti di luar kelas Sahsiah menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) ialah keperibadian atau peribadi. Dapat membantu dalam peningkatan tahap komunikasi, kesihatan, minda dan keyakinan diri di kalangan pelajar-pelajar UTeM. Subjek Pendidikan Islam sendiri mempunyai modul yang perlu dijalankan di luar waktu kelas seperti. Masyarakat semakin kecewa dengan kegagalan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jelaskan punca-punca dan langkah mengatasinya. Cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar. Ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Berdasarkan FPK, Kaisara dijadikan medium bagi melakar kejayaan untuk anak-anak didik di SKKDSK.pada tahun ini.
Kejayaan akademik merupakan tulang belakang inspirasi kehidupan insan. Namun di sebalik itu, terdapat elemen lain yang menyokong kejayaan tersebut sering dipandang sepi. Justeru KAISARA, satu program yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani serta sahsiah yang jitu berlandaskan FPK.
Justeru membudayakan kaizen dalam aspek pendidikan merupakan satu usaha murni yang berterusan ke arah penambahbaikan dalam semua kerja dan sentiasa mengutamakan kualiti kerja serta berusaha meningkatkan kecekapan dan keterampilan melalui aktiviti-aktiviti perkembangan insan yang menyeluruh melalui latihan, kursus motivasi, perkongsian pintar, bengkel, aktiviti membaca yang bermatlamat ke arah pendidikan seumur hidup. Walaupun ringkas nama diberi,projek ini dijalankan secara serampang dua mata. Di samping menjana kecemerlangan akademik, pada masa yang sama pembentukan sahsiah tidak boleh diabaikan. Sahsiah yang cemerlang, melengkapkan lagi pakej kegemilangan pembentukan modal insan ke arah melahirkan warga yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam semua lapangan. OBJEKTIF Memastikan semua murid berjaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR. Murid-murid terdiri daripada pelbagai kecerdasan oleh itu pendekatan yang disampaikan berbeza berdasarkan tahap penerimaan seseorang individu. Setiap murid diberi peluang untuk menonjolkan kebolehan yang dimiliki.